WEHD 2014

WEHD 2014

Thursday 25 September 2014

Aktiviti Keseluruhan Sambutan WEHD 2014

26 September 2014 :  Outreach Kesihatan Persekitaran - 2.45 petang

Outreach bersama pelajar IPTA & pelatih PPKP di Sekitar Mydin & Taman Tasik Utama
Perasmian disempurna oleh YB Datuk Ar. Hj Ismail bin Hj. Othman, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan & Alam Sekitar Negeri Melaka
150 peserta akan terlibat dalam menjalankan aktiviti menyampaikan maklumat kepada masyarakat setempat di sekitar Mydin Hypermarket di Ayer Keroh berkaitan 3 aspek utama :
      1.  Keselamatan Makanan
      2.  Melaka Bebas Denggi
      3.  Melaka Bebas Asap Rokok

Pendedahan kepada pelajar IPT & pelatih PPKP untuk berhadapan dengan masyarakat awam dalam menyampaikan maklumat yang tepat serta ringkas & padat tentang aspek tersebut sepanjang xtvt ini dijalankan.


27 September 2014 :

1) Pertandingan Mewarna : di kalangan kanak-kanak pra sekolah

2) Pertandingan Poster & Video Klip Kesihatan Persekitaran di kalangan pelajar IPT

3) Anugerah Kewartawanan - khas kepada wartawan-wartawan akhbar dalam me,bantu menyampaikan maklumat berkaitan kesihatan persekitaran

4) Seminar Amalan Pengurusan Tapak Bina ( Kerjasama bersama CIDB Negeri Melaka) khas kepada kontraktor-kontraktor berdaftar. - 9.00 pagi
     * Perasmian Penutup disempurnakan oleh YB Datuk Hj. Ab. Rahaman b Hj. Ab Karim, Exco Kesihatan & Pembangunan Sukan Negeri Melaka

5) Seminar UTAMA Kesihatan Persekitaran : Khas kepada tuan-puan yang berdaftar dan kini sudah mencecah ke angka 880 peserta!!! - 9.00 pagi

6) Perasmian UTAMA Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan pada pukul 2.00 petang.

** Pameran Agensi Kerajaan & Swasta akan berlangsung di Foyer Dewan MITC

Kehadiran tuan - puan semua amat dialu-alukan & kami menyambut semua dengan tangan yang terbuka.. semoga anda semua pulang dengan sesuatu yang boleh dikongsikan bersama dengan rakan-rakan kita yang tidak dapat meluangkan masa bersama...

Sunday 14 September 2014

Anda Perlukan Penginapan ??

Kami amat memahami rakan-rakan yang jauh datang pasti ingin dapat hotel.. untuk pengetahuan semua.. agak sukar untuk mendapatkan hotel di Melaka terutama pada hari Jumaat - Sabtu - Ahad.. Apatah lagi pada 26 - 28 September tu adalah hari konvokesyen UTEM

Rakan-rakan yang perlukan hotel boleh cuba menelefon salah satu hotel yang telah kami senaraikan di bawah ini. Semoga senarai ini boleh menjadi rujukan tuan-puan nanti.. 





Saturday 6 September 2014

Adakah Anda Salah Seorang Dari Peserta Sambutan WEHD 2014?

Peserta Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Ssedunia Peringkat Kebangsaan

JKN - PKD - Institusi


Pihak Berkuasa Tempatan



Tuesday 26 August 2014

Sekretariat Induk Sambutan WEHD 2014

Gambungan Kesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia (KIKSM), Persatuan Peg. Kesihatan Persekitaran (EHOM) & Persatuan Kesihatan Environmen Malaysia (MAEH) telah mewujudkan satu SEKRETARIAT Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia 2014. WEHD adalah ringkasan daripada 'World Environmental Health Day' . 
      Selain daripada Kesatuan, Persatuan ini sudah pasti Institusi Pendidikan terlibat sama dalam jawatankuasa induk ini juga terlibat secara langsung yang terdiri daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM). 
         Secara tidak langsung, Kesatuan-Kesatuan lain seperrti KIK Sabah, KIK Sarawak juga telah bersama Sekretariat bagi menjayakan Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran kali ini. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah mencurahkan idea yang bernas di sepanjang mesyuarat sambutan yang diadakan.
             Kami mengambil kesempatan ini, mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada peserta yang sudah mendaftarkan diri untuk menghadirkan diri ke seminar ini. Kehadiran tuan-puan semua, InsyaAllah menunjukkan komitmen semua akan peri pentingnya 'Kesihatan Persekitaran' untuk terus dijaga dan dipelihara seterusnya meningkatkan keprofessionalan pengamal-pengamal Kesihatan Persekitaran terutama Peg. Kesihatan Persekitaran / Pen. Peg. Kesihatan Persekitaran samada di Kementerian Kesihatan Malaysia atau pun di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ataupun di mana-mana agensi kerajaan dan swasta. 
               Kita JUMPA DI MITC NANTI!!



Monday 25 August 2014

Senarai Peserta TERKINI!!



Terima Kasih yang dapat meluangkan masa bersama kami untuk Seminar sempena Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan 2014 ini.

Kali ini kita akan berjumpa di Malacca International Trade Centre (MITC) Ayer Keroh, Melaka pada 27 September 2014 (Sabtu)

Perasmian Sambutan ini akan dirasmikan oleh YAB Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam



Kepada semua yang sudah mendaftar diri anda, semak senarai nama  anda disini.. Jika terdapat apa-apa kemusykilan boleh berhubung terus dengan Sekretariat di Melaka..

Senarai Peserta Seminar Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran 2014